Kepentingan Menutup Aurat

by - 15:54



Dunia sekarang sudah berubah.perkara yang tidak biasa sudah dianggap biasa seperti membuka aurat. Apa itu aurat? Aurat itu adalah bahagian tubuh badan yang wajib kita tutup daripada dilihat oleh orang yang bukan mahram kita. Bagi lelaki auratnya dari pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan pula seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Kenapa kena tutup aurat? Kerana itu adalah suruhan Allah. Kadang-kadang ada perkara yang kita tak boleh tanya kenapa. Menutup aurat adalah perkara yang amat penting. Setiap bahagian yang kita tutup itu adalah aset yang kita simpan khusus untuk yang halal sahaja.

Bagi muslimah ada sebab kita perlu tutup aurat. Sebabnya setiap bahagian tubuh badan kita itu ada maksudnya. Melalui anggota badan kita itulah orang boleh tahu sama ada kita masih suci atau tidak dan sebagainya.

Tapi pada zaman ini terdapat pelbagai kesalahan telah dilakukan dalam menutup aurat. Contohnya, tidak menutupi dada, pakaian menampakkan bentuk badan dan pakaian jarang.


Untuk menjadi muslimah yang sejati kita perlulah berpakaian dengan sempurna. Namun, menjaga akhlak juga amatlah penting. Barulah berjaya menjadi muslimah sejati.






You May Also Like

0 comments