Cara Menguruskan Nikmat
Assalamualaikum.Ramadhan semakin menjelma.Apakah kita akan dapat menyambut Ramadhan kali ini?Ajal tidak mengira usia.
Sebagai seorang insan kita telah diberikan pelbagai nikmat.Cuba senaraikan berapa banyak nikmat yang kita telah dapat dari kecik sampai sekarang.Tidak terhitung banyaknya.Namun,kita sebagai hamba Allah adakah kita bersyukur?
Bagaimanakah kita menggunakan nikmat yang telah kita perolehi itu?Ke arah kebaikan mahupun kejahatan?Teman-teman sekalian,yakinlah bahawa apabila kita bersyukur dengan nikmat kita perolehi sekarang ini Allah melipat gandakan lagi nikmat untuk kita.
Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi.Allah tak pernah minta kita bayar balik setiap apa yang Allah bagi kepada kita.Allah cuma nak kita ikut suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya.
Kenapa kita sukar sangat untuk mengikut apa yang diperintahkan Allah?Kita semua ini berasal daripada syurga.Allah hantar kita ke dunia ini supaya kita berusaha untuk kembali ke syurga.Tak nakkah kita kembali ke tempat asal kita.Tempat yang penuh dengan kenikmatan.
Lupakah kita pada janji yang telah kita lafazkan di alam rahim.Kita telah berjanji untuk taat pada Yang Esa.Namun,setibanya kita di dunia ini,kita lupa pada janji kita itu.Kita ingkar pada-Nya.Sedarlah siapa diri kita ini yang sebenarnya.
Kita ini hanyalah seorang hamba yang hina.Namun kita bongkak,sombong.Sedarlah tema-teman,kembalilah ke pangkal jalan.Jalan mujahadah itu bukan mudah.Namun,itulah yang harus kita harungi demi mencapai keredhaan-Nya.
0 comments