Persiapan Menghadapi Ramadhan
apa khabar semua?semoga semuanya sihat walafiat.sebenarnya sikat malas sudah berjinak dalam diri aku ni.makin hari makin malas tambah-tambah lagi kalau duduk dekat rumah.rasa malas je nak buat semua benda so macam mana ni? what should I do?
ok sebenarnya aku nak cakap yang ramadhan hampir tiba.tak sabar rasanya nak sambut ramadhan.
emm...ramadhan dah nak tiba.jadi,apa persiapan kita nak sambut ramadhan.apa?"nak sambut ramadhan pun kena buat persiapan juga ke?ala,leceh betul.buat apa susah-susah nanti bila tida ramadhan puasa jelah.itu pun susah ke?" eh,kawan-kawan nak sambut ramadhan ni kita kena buat persiapan juga.samalah macam kita nak jawab exam,nak sambut aidilfitari.semuanya perlukan persiapan.jadi apa persiapan yang kita perlu buat?
jadi kawan-kawan tunggu apa lagi?marilah sama-sama kita persiapkan diri untuk menghadapi ramadhan.bagi kaum hawa,siapa yang tak habis ganti puasa lagi tu cepat-cepat ganti.selain itu,kita boleh juga perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dipertemukan dengan ramadhan pada kali ini.
sekian sahaja dari saya.semoga anda semua bersedia untuk menghadapi ramadhan.ingat kita kena siapkan diri kita dari dalaman juga luaran untuk menghadapi ramadhan.ok kawan-kawan saya mengundur diri dulu.
0 comments