Jenis-jenis Sabar
Menurut kamus dewan edisi keempat, sabar membawa maksud betah menahan penderitaan. Untuk pengetahuan,sabar ini terbahagi kepada 3 bahagian:
`sabar dalam mengikuti semua perintah Allah
`sabar dalam menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang dan dimurkai Allah
`sabar dalam menghadapi ujian serta musibah
1.sabar dalam mengikuti semua perintah Allah
Teman-teman,Allah telah mencipta syurga dan neraka untuk dijadikan sebagai balasan kepada seluruh hamba-Nya. Dan Allah jadikan suyrga itu dipagari dengan semua perkara yang manusia tidak suka untuk buat manakala Allah pagari neraka itu pula dengan perkara yang manusia suka. Kawan-kawan nak masuk syurga tak? Kalau nak marilah kita sama-sama buat suruhan Allah seperti solat, puasa dan bayar zakat. Kita kena bersabar dalam melakukan suruhan Allah. Contohnya, solat. Kita harus bersabar untuk bangun awal pagi bagi menunaikan solat subuh.
Allah berfirman: adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?mereka telah ditimpa kepapaan yakni kemusnahan harta benda dan serangan penyakit,serta digoncangkan dengan ancaman bahaya musuh,sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya,'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.(al-baqarah 2:214)
2.sabar dalam menahan diri daripada melakukan larangan dan perkara yang dimurkai Allah
Kawan-kawan seperti yang telah saya katakan tadi,sesungguhnya Allah itu telah memagarkan syurga dengan perkara yang tidak disukai untuk manusia lakukan.Contohnya,minum arak,mencuri,berzina dan mencuri.Kita kena bersabar daripada melakukan perkara yang dilarang dan dimurkai Allah kalau kita nak masuk syurga.Contonhya,seseorang itu suka minum arak.arak tu minuman kegemran dia.tapi,dia kena juga tahan diri dia daripada minum arak.sebab dia ingin mencari redha Allah.
3.sabar dalam menghadapi ujian serta musibah
Dunia ini penuh dengan ujian dan cabaran.ujian itu bukanlah hanya dalam bentuk musibah.Malah ujian itu juga dalam bentuk nikmat yang kita peroleh.Allah memberi kita nikmat dan musibah sebagai ujian untuk hambanya.Allah menguji kita sama ada kita ini bersyukur atau tidak dengan segala nikmat yang kita dapat.selain nikmat,Allah juga menguji kkita dengan musibah yang diturunkan-Nya.Contohnya banjir,kematian orang tersayang dan rumah terbakar.Kita semestinya perlulah bersabar dengan ujian kita peroleh itu.Berdoalah kepada Allah supaya diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian-Nya.Janganlah sesekali kita bergantung kepada makhluk-Nya seperti bomoh atau dukun.Ini sudah dikira syirik.
Ingatlah kawan-kawan disetiap kesulitan itu pasti ada kesenangan.Tidak di dunia di akhirat.Ingat segala yang kita lakukan ini bukankah untuk mendpatkan keredhaan manusia tapi untu mendapatkan keredhaan Allah.keredhaan manusia itu tidak penting,tidak mendatangkan apa-apa keuntungan.Keredhaan Allah itu lebih penting.
Ingatlah firman Allah dalam surah asy-syarh ayat 5-6.maksudnya,oleh itu,maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.sama-samalh kita cekalkan diri serta bersabar dalam apa jua perkara.
0 comments