Amanah vs Larangan
Allah berfirman dalam surah al-israk ayat 32, 'Janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.'
Mendekati zina pun tak boleh apatah lagi kalu kita buat.Namun,zaman sekarang para remaja suka menggunakan istilah 'bercinta kerana Allah'. Yang dimaksudkan dengan cinta kerana Allah itu seharusnya mempunyai tiga unsur.
1.Mencintai seseorang ikhlas tanpa ada apa-apa kepentingan.Bukannya sekadar bercinta sahaja.
2.Cintanya itu tidak melebihi cinta kepada Allah.Rasulullah dan ibu bapa.Kalau cinta kita itu melebihi cinta kepada Allah,Rasul dan ibu bapa cinta itu bukanlah cinta sejati malah cinta yang sangat keterlaluan.
3.Tidak melakukan apa-apa yang melanggar hukum syarak.
Orang kata bercinta hanya kerana ingin berkenal-kenalan.Tetapi ingatlah bahawa segala tingkah laku pasangan kekasih kita itu hanyalah lakonan.Kalau nak tahu sikap yang sebenar,ianya hanya akan ditonjolkan selepasa berkahwin.Imam Hassan al-basri juga pernah berkata;Meskipun kamu bercinta selama 20 tahun sekalipun itu semua hanyalah lakonan.
Seperti yang saya katakan tadi,jika kita bercinta semasa belajar ia umpama antara amanah dan larangan.Kenapa amanah dan larangan.Kita diamanahkan oleh ibu bapa kita untuk belajar tetapi apabila kita bercinta itu ertinya kita telah menderhakai ibu bapa kita. Amanah yang kita galas itu pecah,hancur berkecai hanya dalam sekelip mata sahaja.
Ingatlah bahawa Allah itu murka terhadap orang yang pecah amanah. Allah berfirman." Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?"(surah al-maidah ayat 50).
Kalau kita benar-benar sayang pada si dia,putuslah.Cari cinta Allah itu dulu.Redha Allah itu sangat penting.
0 comments