Bingkisan dari Surah Al-Lail
Assalamulaikum. Hari ini saya akan kongsikan sedikit bingkisan dari surah Al-Lail.
Kalau ketiga-tiga perkara ini telah dipegang teguh, lalu diberilah jaminan atau janji oleh Tuhan: "maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)".{al-lail:7}
Umm... apa tiga perkara itu ye? Jom sama-sama kita lihat:
1.Memelihara silaturahim sesama manusia
Teman-teman, kita semua adalah sama. Dicipta daripada tanah oleh Allah.Kita semua hanyalah hamba.Apa salahnya kita berbuat baik sesama insan. How? Banyak caranya. Apa yang kita boleh buat adalah saling menderma, bantu-menbantu dan banyak lagi.
2.Bertaqwa kepada Allah
Seperti yang dikatakan sebentar tadi, kita semua adalah hamba Allah. Siapa kita ini nak angkuh pada Yang Maha Esa. Hendaklah kita ini selalu bertqwa kepada-Nya. jaga hubungan dengan Allah setiap masa.
3.Cinta kepada kebaikan
Mengakui adanya nilai-nilai yang baik dalam dunia ini,yang terpuji oleh sesama manusia.
"maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan"
{al-lail:10}
1.Bakhil bin kedekut
Tidak mahu mengeluarkan harta untuk membantu insan yang memerlukan. Serta tidak ingin menggunakan harta untuk membuat amal jariah kerana dirinya terlalu mencintai harta.
2.Merasa dirinya cukup
Insan ini tidah mahu membantu atau dibantu kerana takut andainya nanti perlu membalas budi orang tersebut.
3.Mendustakan adanya kebaikan
Dia tidak percaya bahawa di dunia ini ada nilai-nilai kebaikan. Kebaikan hubungan sesama manusia dan kebaikan hubungan dengan Allah, kebaikan di dunia dan akhirat.
#selamat beramal
sumber:majalah jom
2 comments
nice sharing sis... jaga silaturahim tu.... rasulullah saw kata suruh jaga 40 kanan, kiri, dpn , belakang rumah kita.... tp kdg kala jiran sebelah pun kita tak kenal mcm akak.... astagfirullah...
ReplyDeletebetul tu
ReplyDelete