Awan
Awan kebiru-biruan
Sedang menanti si mentari
Bagi menerangi bumi ciptaan-Nya
Awan
Indah sekali dirimu
Unik sungguh
Awan itu
Satu ciptaan yang sungguh hebat
Tabahnya dirimu
Menghadapi pelbagai rintangan
Hujan turun
Kau kesejukan
Mentari memancar
Bahangnya kau terima
Kilat sambar-menyambar
Kau tetap disitu
Patuh pada arahan-Nya
Awan
Kau sungguh kreatif
Pelbagai bentuk kau lakar
1001 perkara kau cuba sampaikan
Awan
Pabila munculnya si pelangi
Dirimu sungguh indah
Terlakar riak kegembiraan di situ
Awan
Kau setia di situ
Tidak berganjak walau selangkah
Teguh sungguh pendirian dirimu
Awan
Dirimu sungguh hebat
Kau menjadi bukti
Pada seluruh alam
Maha hebatnya penciptamu
Allah
Kekuaasaan-Mu sudah terbukti
Kehebatan-Mu tidak dapat di sangkal lagi
Manusia itu
Sering leka dengan nikmat
Sering ingkar pada-Mu
Meski
Kekuasaan-Mu sudah terbukti
Manusia
Satu makhluk dari tanah
Satu makhluk dari kalimah nasia
Yang membawa erti lupa
Manusia
Sering lalai
Sering lupa
Betapa hebatnya diri-Mu
Manusia ini
Penuh dengan nista-nista di dirinya
Terpalit pelbagai dosa
Allah itu
Maha Hebat
Maha Kuasa
Maha Pengampun
Manusia
Bertaubatlah
Mohon ampun dari-Nya
Taubat itu
Bukan hanya taubuat
Taubat itu
Harusnya dilakukan dengan hati yang tulus
Ucapkanlah kalimah
Lailahaillah muhammadurrasulullah
Bukan hanya meniti di bibir
Tapi dari lubuk hatimu
0 comments