POEM Ketenangan by Najihah - 09:43 Tumbuh-tumbuhan menari-nari Mengikut rentak angin Melakar sebuah lagu Kebahagian kian terasa Kedamaian makin menghampiri Keceriaan mula menyapa Angin bertiup Menerbangkan tudungku Kesejukan terasa Awan di langit melakar bentuk Membuatku tersenyum Menghilangkan keresahanku Ketenangan mula diperoleh Jalan penyelesaian hinggap di kepalaku Ku lakarkan segalanya di atas sebuah kertas Penaku menari-nari Mengikut rentak tanganku Kutulis segalanya di situ Kuluahkan segalanya Al-quran kucapai Kubuka lalu baca Terjemahannya kufahami Kedamaian terbit di hatiku Keresahanku Hilang dibawa angin Ketenangan kuperoleh Sejurus kubacanya Itulah kalam Allah Sungguh indah bahasanya Memberi ketenangan di jiwa Membawa ke arah cahaya Memimpin insan ke syurga Tags : POEM Newer Post Older Post You May Also Like 0 comments
0 comments